Friday, February 20, 2009

Pemilihan Benih Baka Belut

Ciri-ciri penting dalam proses pemilihan baka belut demi memastikan kualiti baka ikan belut antaranya adalah:

1) Benih/baka yang dipilih tidak mengalami luka atau kecacatan.

2) Belut yang bergerak licin dan agresif.

3) Mempunyai tubuh yang keras, tidak lemah bila dipegang, berpenampilan yang sihat.

4) Tubuh berukuran kecil dan berwarna kekunigan cokelat.

5) Belut beumur lebih 10 bulan ke atas.

Penentuan Jantina Belut.

1) Belut Jantan:

- Berukuran panjang lebih daripada 40 cm.
- Warna permukaan kulit gelap atau kelabu.
- Bentuk kepala Tumpul.
- Umur melebihi 10 bulan.

2) Belut Betina:

- Berukuran Panjang antara 20cm ke 30 cm.
- Warna permukaan kulit cerah.
- Warna hijau muda pada punggung dan warna putih kekuningan pada perut.
- Bentuk kepala runcing.
- Umur melebihi 6 Bulan.

Penetasan Telur Belut.

Induk Betina mengeluarkan telur di bawah buih air yang dibina oleh induk jantan. Setelah sempurna proses pembiakan, telur matang akan disedut kedalam lubang. Telur ini akan menetas pada usia diantara 9 ke 10 hari. Anak-anak belut ini berwarna kuning dan beransur-ansur pudar cokelat dan akan dijaga oleh belut jantan sehingga berumur sehingga 2 minggu dan akan meninggalkan sarang untuk mencari makanan sendiri.

2 comments:

  1. dimanakah boleh saya mendapatkan telur belut untuk tujuan projek tahun akhir saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammulaikum tuan saya mencari benih belut ..nie no sy tuan0199396316

      Delete