Saturday, February 21, 2009

Belut Galaksi

Untuk Melihat Imej-imej di dalam galaksi Ternakan belut, sila click url di bawah:

Galaksi Penternakan Belut

Friday, February 20, 2009

Kolam Tanah Ternakan Belut

Kolam ternakan belut berukuran 20 kaki x 12 kaki x 30 inci. Ukuran ini bersesuaian untuk anak belut sebanyak 500 ekor.

Ukursan pembinaan kolam secara umum sama, perbezaan bilangan kolam mengikut jumlah ternakan dan daya tampung belut yang hendak diternak. Tindakan ini perlu supaya pembesaran belut yang diternak dapat membesar dengan sekata.

Saiz kolam yang luas tidak digalakkan, ini akan menyukarkan pemungutan hasil belut nanti.

Disebabkan tabiat belut yang suka menggali lubang di bahagian tebing kolam, adalah disarankan bahagian tepi kolam dialas dengan kain kanvas dan dibiarkan kekal dengan tanah di bahagian dasar kolam.

Bahagian dasar kolam dibina dengan lapisan baja kompos mengikut campuran yang telah diterangkan dalam bab pemeliharaan ternakan belut dalam tangki kanvas.

Potensi Penternakan Ikan Belut

1) Permintaan yang tinggi di kalangan penggemar Belut. Harga Belut di pasaran meningkat ke RM 35.00 sekilogram siap diproses menjadi kepingan nipis (3 ekor sekilogram.

2) Penggunaan bahan kimia, racun perosak dan kemusnahan habitat semulajadi Belut oleh petani sendiri menyebabkan kepupusan spesis belut di sawah. Kaedah ternakan belut dalam tangki kanvas amat bersesuaian.

3) Belut merupakan haiwan yang lasak, dapat menyesuaikan diri didalam keadaan air yang tidak sesuai oleh haiwan ternakan air yang lain. Penjagaan yang ringkas dan pendapatan lumayan mengikut harga pasaran.

4)Makanan tambahan mudah diperolehi, terdiri daripada anak-anak ikan yang terdapat di dalam tali air (anak ikan seluang & anak ikan talapia).

5) Daging belut mempunyai kandungan protin, vitamin, omega 3 dan lain-lain khasiat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ia juga dapat meringankan masalah kesihatan pemakannya.

6) Ternakan belut secara berkumpulan dapat menghasilkan produk yang tinggi untuk menjamion permintaan pasaran luar negara.

7) Belut juga sesuai diternak bersama dengan ikan sepat siam untuk mempelbagaikan hasil ternakan.

Penyediaan Campuran Tanah Baja Untuk Ternakan Belut Dalam Tangki Kanvas

Campuran Bahan Kompos untuk dasar tangki kanvas bagi ternakan ikan belut terdiri dari bahan-bahan jerami padi yang telah diperap (masam), batang pusang, baja Urea, NPK dan baja haiwan ternakan.

Turutan Lapisan Tanah Dari Bawah:

1) Lapisan tanah Lumpur 20 cm

2) Lapisan jeramai padi 15 cm, ditabur dengan rata, baja UREA 2.5kg dan NPK
(15.15)2.5 kg, untuk tangki yg berukuran 500cm x 500 cm.

3) Lapisan tanah lumpur 10 cm.

4) Lapisan Baja Kompos 5 cm.

5) Lapisan tanah lumpur 10 cm.

6) Lapisan Baja haiwan 5 cm.

7) Campur Air dengan hormon penggalak rumpai air 15 cm.

Pemilihan Benih Baka Belut

Ciri-ciri penting dalam proses pemilihan baka belut demi memastikan kualiti baka ikan belut antaranya adalah:

1) Benih/baka yang dipilih tidak mengalami luka atau kecacatan.

2) Belut yang bergerak licin dan agresif.

3) Mempunyai tubuh yang keras, tidak lemah bila dipegang, berpenampilan yang sihat.

4) Tubuh berukuran kecil dan berwarna kekunigan cokelat.

5) Belut beumur lebih 10 bulan ke atas.

Penentuan Jantina Belut.

1) Belut Jantan:

- Berukuran panjang lebih daripada 40 cm.
- Warna permukaan kulit gelap atau kelabu.
- Bentuk kepala Tumpul.
- Umur melebihi 10 bulan.

2) Belut Betina:

- Berukuran Panjang antara 20cm ke 30 cm.
- Warna permukaan kulit cerah.
- Warna hijau muda pada punggung dan warna putih kekuningan pada perut.
- Bentuk kepala runcing.
- Umur melebihi 6 Bulan.

Penetasan Telur Belut.

Induk Betina mengeluarkan telur di bawah buih air yang dibina oleh induk jantan. Setelah sempurna proses pembiakan, telur matang akan disedut kedalam lubang. Telur ini akan menetas pada usia diantara 9 ke 10 hari. Anak-anak belut ini berwarna kuning dan beransur-ansur pudar cokelat dan akan dijaga oleh belut jantan sehingga berumur sehingga 2 minggu dan akan meninggalkan sarang untuk mencari makanan sendiri.

Penternakan Belut

MANUAL PENGURUSAN TERNAKAN
BELUT (ORDO ANGUILLIFORMES)

PENGENALAN:
Belut atau nama saintifiknya ARDO ANGUILIFORMES, sesuai diternak secara komersil dengan menggunakan kaedah ternakan yang dicandangkan oleh Syarikat Pro'tani Enterprise, menggunakan tangki kanvas berukuran:
8 kaki panjang x 4 kaki lebar x 2 kaki tinggi.

Campuran baha kompos dan campuran bahab organik sebagai makanan utama belut yang dihasilkan oleh syarikan kami amat sesuai untuk pembesaran belut mengikut standard tumbesaran sepanjang kajian yang kami jalankan.

Belut-belut ini dimasukkan ke dalam tangki kancas kemudian 4 inci air di masukkan ke dalam tangki kanvas melepasi paras campuran baja kompus. Gabungan ini di 'perap' selama dua minggu sebelum campuran 'rumpai air' dimasukkan.

Dalam jangka masa satu minggu 'pemerapan' ini, kehijauan rumpai air ini mula menyerlah, cecair penggalak rumpai, hasil pengeluaran syarikan kami, akan disemburkan secara menyeluruh.

Bagi satu tangki kancas, 40 ekor benih belut amat sesuai diternak. Pembesaran sehingga matang (bersaiz 1 kg untuk 3 ekor belut) akan mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Manakala induk belut yang matang akan menghasilkan 2 hingga 5 ekor anak belut.

Bagi mengelakkan kerosakan pada sarang Belut yang dibina bersama anak-anak belut didalamnya, baja kompos yang telah bercampur di habitat dalam tangki tadi harus di biarkan tanpa diusik, malah taburan rata sebanyak 25 kg bahan organik perlu ditambah ke dalam tangki kanvas selepas pemungutan hasil dibuat.